Monday, 10 June 2013 | 05:58 | 0 Atasinchi
Awak ingin saya memohon maaf kerana tersalah anggap terhadap awak. Mungkin saya tidak dapat memahami keadaan awak pada masa itu. Sayang? Walaupun saya kena pukul semata mata untuk jumpa awak, saya tak kisah. asalkan saya dapat lihat wajah awak walau hanya untuk seketika. Rindu di hati hanya tuhan sahaja yang tahu.BIE? janji awak pada hari ini adalah untuk keluar bersama saya apabila tiba hari ulang tahun pertunangan kita yang ke 3 bulan nanti. TAK AKAN saya update blog ni sehingga tiba masanya kita berjumpa. Saya simpan rindu saya kat awak terlebih dahulu sehinggalah saya boleh lepaskan rindu saya semasa kita jumpa.
.... bie? sebagai pasangan hidup awak, saya teringin nak dengar masalah awak setiap hari. Saya nak rasa tanggungjawab lebih untuk awak. Kalu awak rasa tidak puas hati terhadap saya sekalipun, saya tetap nak tahu sebab kejujuran yang awk berikan kepada saya dapat mengubah saya untuk menjadi yang terbaik untuk awk. Saya mohon kepada awak untuk tidak meninggalkan saya dalam apa jua keadaan sekalipun.
Cinta dan hati saya hanyalah untuk awak seorang dan takan ada yang lain. Tiada siapa boleh menghalang cinta kita sayang. Saya nak wujudnya saling tolak ansur, faham memahami, setia dan jujur. Awak? saya nak awak layan saya sama rata seperti awak melayan adik awak. Pernah terlintas dihati saya untuk menjadi adik awak kerana awak lebih banyak meluangkan masa awak dengan die dan kita boleh jumpa hari-hari ^^.
Terima kasih saya ucapkan kepada awak sebab dengan adanya keadaan seperti ini, saya lebih dekat dengan-Nya untuk buat saya lebih tenang dan meningkatkan tahap kesabaran saya. Saya tahu pasti ada hikmah disebaliknya. Saya terlalu sayangkan awak. Kesakitan yang saya hadapi hanyalah seketika sebab saya sangup berkorban dengan nyawa saya sendiri untuk awak.
salam sayang dan rindu daripada saya untuk awak.
jangan pernah lupakan saya






SuperGirl !

