Friday, 28 March 2014 | 06:23 | 0 Atasinchi
Sudah tiba masanya untuk pulang semula ke rumah kedua.
DORM SWEET DORM
Mulalah rasa rindu berputik di dalam jiwa bak terasa seperti berpisah lama. Wahai sahabat dan teman serta orang yang aku sanjungi selama ini, usahlah bersedih kerana perpisahan ini hanyalah perpisahan sementara dan bukan selamanya. Akan tibalah masanya kita bertemu tatkala masih bernafas dan berpeluang untuk melihat dunia. Janji pasti akan ditepati dan bukannya sekadar berakhir di bibir.
YA ALLAH! Banyak sungguh dosaku dengan makhluk-Mu. Beban dikepalaku melanda apabila mendustai hati orang yang menyayangi diriku sepenuh hatinya. Maafkan aku. Aku tak rela untuk merobekkan hatimu lagi, disaat ini aku berazam untuk terus setia. Maka dengan itu jangan menangis untuk melepaskan aku pergi kerana ini sebahagian daripada azam di dadaku untuk terus setia
denganmu.
Sekejap terasa apabila denganmu. Bahkan merasai singkatnya waktu untuk bermanja dan tidak puas untuk sentiasa disisimu sayang. Aku juga merasai apa yang berbisik dihati kecilmu itu. Aku tahu kau terlalu berat untuk melepaskan aku pergi. Ingatlah pesanku, pemergian ini untuk terus berjuang demi pelajaran. Kuatkanlah semangatmu!
Aku pun menahan sebak bahkan tertanya-tanya bilakah waktunya aku akan dapat menatap wajah kesayanganku? Tidak puas sekadar melihat gambarmu sayang. Hati ini selalu menjerit menahan rindu aku kepadamu. Aku sabar dan terus bersabar kerana aku percaya bahawa kita akan berjumpa apabila tiba waktunya diizin ALLAH SWT. Bersabarlah wahai hati. Usahlah bersedih wahai hati.
Saya sentiasa sayangkan awak
12/4/2014
genap setahun 2 hari aku dan dia bersama.
tapi kenapa aku kena doakan seumpama nak sangat aku pergi dari hidup dia
aku ni mengganggu kau ke?
'pergi mati'
kau ingat aku xde perasaan
aku hanya kuatkan semangat.
ini semua sebab kau bencikan aku kan?
aku yang bnyak buat salah.
aku boleh pergi dari hidup kau kalau kau nak!
aku bukannya materialistic yang perlukan kehidupan mewah kau!
tapi sebab aku ikhlas terima kekurangan kau!




.jpg)

.jpg)
.jpg)

SuperGirl !

